Wednesday 13 June 2012

Program Bacaan dan i Nilam

Zaman kita sekolah- sekolah dulu dah diperkenalkan program ni. Baca buku banyak- banyak kemudiannya catat dalam buku bacaan. Program ini masih diteruskan tetapi diberi nafas baru dengan nama yang baru iaitu NILAM. NILAM merupakan akronim  kepada Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.

Blog PSS Al-Bukhary

Blog ini dihasilkan dengan tujuan mengaplikasikan penggunaan ICT dalam aktiviti Pusat Sumber Sekolah (PSS). Pusat Sumber Sekolah adalah sebuah tempat yang menyediakan pelbagai maklumat dalam bentuk bahan bercetak, diharap dengan adanya blog ini, segala maklumat dari bahan bercetak akan dapat disebarkan melalui penggunaan teknologi yang mempunyai audien yang lebih luas.

Pusat Sumber Sekolah yang menyediakan segala maklumat bahan bercetak untuk kemudahan pelajar