Wednesday 13 June 2012

Program Bacaan dan i Nilam

Zaman kita sekolah- sekolah dulu dah diperkenalkan program ni. Baca buku banyak- banyak kemudiannya catat dalam buku bacaan. Program ini masih diteruskan tetapi diberi nafas baru dengan nama yang baru iaitu NILAM. NILAM merupakan akronim  kepada Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai.

Pada asasnya program ini bertujuan untuk memupuk minat membaca dan kepentingannya sehinggakan murid yang mampu membaca banyak buku diberi pengiktirafan. Terdapat dua tahap dalam program ini iaitu TAHAP JAUHARI danTAHAP RAKAN PEMBACA. 


No comments:

Post a Comment